Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest XI Versi Switch Mungkin Memberikan Pilihan Untuk Menutup Lakonan Suara

Dragon Quest XI Versi Switch Mungkin Memberikan Pilihan Untuk Menutup Lakonan Suara

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

Dragon Quest XI sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 5 September 2018. Minggu ini, Square Enix mengumumkan yang Dragon Quest XI untuk Switch akan dipanggil sebagai Dragon Quest XI S.

Mereka mengatakan ‘S’ selain membawa maksud Switch serta Special ia juga membawa maksud ‘Shaberu’ yang membawa maksud lakonan suara di dalam bahasa Jepun.

Apabila ditanya mengenai ‘Shaberu’, Penerbit Dragon Quest XI Hokuto Okamoto mengatakan walaupun lakonan suara merupakan satu keutamaan akan tetapi ada pemain yang ingin bermain tanpa mendengar suara. Namun, beliau mengatakan keterangan lanjut akan diumumkan kemudian.

Dengan kenyataan tersebut, kami menjangkakan permainan ini untuk versi Switch akan memberi pilihan kepada pemain untuk membuka atau menutup lakonan suara. Jika ia adalah benar, kemungkinan ia juga akan disertakan di platform yang lain.

Apa pendapat anda? Adakah anda suka bermain dengan lakonan suara atau sekadar membaca dialog?


TIPS & ULASAN