Informasi Permainan Video Terkini
Spesifikasi PC Untuk Devil May Cry 5 Dikongsikan
PC

Spesifikasi PC Untuk Devil May Cry 5 Dikongsikan

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

Capcom sebelum ini berkongsi trailer baharu dan mengumumkan edisi Deluxe untuk Devil May Cry 5. Pemain di PC terutama di Malaysia semestinya gembira apabila melihat harga penjualan untuk permainan tersebut di Steam. Berbanding konsol yang mencecah RM 200, harga di Steam hanya RM139.

Namun, sebelum itu berikut adalah spesifikasi Devil May Cry 5 untuk pastikan PC anda sekurang-kurangnya melepasi keperluan minimum.

Minimum:

  • CPU: Intel Core i7-4770 3.4GHz atau yang lebih baik
  • Memori: 8 GB RAM
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX760 atau yang lebih baik

Dicadangkan:

  • CPU: Intel Core i7-4770 3.4GHz atau yang lebih baik
  • Memori: 8 GB RAM
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX960 atau yang lebih baik

Selain itu, untuk kedua-dua spesifikasi memerlukan sistem operasi Windows 7 64-bit. Berdasarkan spesifikasi tersebut kami  boleh katakan kebanyakan PC peringkat pertengahan boleh memainkan permainan ini dengan baik. Ia masih bergantung kepada kelancaran permainan itu sendiri.

Anda boleh pra-tempah Devil May Cry 5 di Steam dengan harga RM139 ataupun RM170.98 untuk edisi Deluxe. Ia akan dikeluarkan pada 8 Mac 2019.

Steam: Devil May Cry 5


TIPS & ULASAN