Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Baharu Untuk Death Stranding Diperlihatkan – Memperkenalkan Watak Troy Baker

Trailer Baharu Untuk Death Stranding Diperlihatkan – Memperkenalkan Watak Troy Baker

Diterbitkan pada Sep 23, 2018 oleh .

Trailer terakhir yang dikeluarkan untuk Death Stranding adalah semasa persidangan E3 Sony, namun, trailer tersebut lebih banyak membawa persoalan berbanding jawapan.

Minggu ini, bersempena Tokyo Game Show 2018 yang sedang berlangsung, Kojima Productions berkongsi trailer baharu untuk permainan tersebut.

Trailer tersebut sekali lagi tidak memberi sebarang maklumat mengenai bentuk permainan ini akan tetapi ia memperlihatkan beberapa perkara menarik iaitu watak yang dilakonkan oleh Troy Baker serta rekaan raksasa.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Troy Baker disahkan menyertai senarai pelakon suara untuk permainan ini. Di dalam trailer ini, tampaknya watak yang dipegang oleh Troy Baker adalah musuh kepada watak yang dipegang oleh Norman Reedus (kemungkinan besar watak yang akan dikawal oleh pemain).

Selain itu, trailer tersebut juga memperlihatkan raksasa yang dicipta oleh watak Troy Baker mengunakan cecair hitam yang sering ada di dalam permainan ini. Ini agak menarik kerana sebelum ini raksasa ataupun penjahat biasanya tidak kelihatan sebaliknya nampak tapak kaki(tangan?) sahaja.

Jika anda ingin melihat sendiri trailer tersebut, ia dikongsikan di bawah akan tetapi buat masa ini ia masih tidak dikongsikan secara rasmi dan kualiti sedikit kurang.


TIPS & ULASAN