Informasi Permainan Video Terkini
Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy Diumumkan Bakal Tiba Tahun Hadapan

Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy Diumumkan Bakal Tiba Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 23, 2018 oleh .

Salah satu permainan kesukaan kami di Nintendo DS akhirnya kini akan dilancarkan semula sebagai permainan pernambah-baikkan pada tahun hadapan iaitu siri Phoenix Wright: Ace Attorney.

Bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2018 yang berlangsung minggu ini, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan kompilasi Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Menurut Capcom, permainan kompilasi trilogi tersebut akan menyertakan 3 siri asal Ace Attorney iaitu Phoenix Wright: Ace Attorney, Phoenix Wright: Ace Attorney – Justice For All dan Phoenix Wright: Ace Attorney – Trials and Tribulations.

Ketiga-tiga permainan tersebut juga akan disertakan suara latar bahasa Inggeris dan Jepun dengan pilihan fail penyimpanan permainan sehingga 10 slot.

Bagi anda yang baru dengan siri permainan ini, Phoenix Wright: Ace Attorney asalnya dilancarkan di GameBoy Advance buat pasaran Jepun, namun Capcom melancarkannya secara global di Nintendo DS dengan sokongan bahasa Inggeris dan sepanjang beberapa tahun lepas, mereka sudah melancarkan pelbagai sekuel buat siri permainan tersebut.

Phoenix Wright: Ace Attorney meletakkan pemain sebagai seorang peguam bernama Phoenix Wright dimana bukan sahaja pemain perlu mempertahankan klien pemain di mahkamah, malah permainan ini mempunyai pelbagai kandungan penceritaan dan misteri yang pemain perlu selesaikan.

Dengan menggunakan konsep permainan seakan novel visual, pemain akan diberi pilihan dialog, membentangkan bukti, menyiasat kes pembunuhan dan sebagainya sepanjang permainan ini.

Kami sendiri di Aksiz merupakan peminat tegar siri permainan ini dan dengan tibanya permainan tersebut di konsol generasi kini, sudah pastinya kami akan bermain semula sekali lagi mengembara bersama-sama Phoenix Wright dan Maya Fey.


TIPS & ULASAN