Skip to main content

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa Cooler bakal tiba sebagai watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ dan kini, bersama-sama dengan watak tersebut, Bandai Namco juga akan menyertakan Android 17 juga sebagai watak DLC bagi permainan perlawanan tersebut.

Android 17 asalnya merupakan watak bersama dengan Android 18 yang mana ianya hanya boleh dimainkan sebagai watak sampingan sahaja. Namun kini, Bandai Namco dan Arc System Works akhirnya akan melancarkan watak Android 17 secara tersendiri yang mana pemain boleh mendapatkannya melalui pas musim ataupun membelinya secara berasingan pada 27 September ini.

Melaluinya, Android 17 akan kembali dengan pakaian daripada siri anime Dragon Ball Super bersama-sama dengan seorangan ikonik beliau sperti serangan Super Electric Strike yang boleh dilakukan di tanah ataupun di udara.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Manakala versi Switch, ianya bakal tiba pada 28 September ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari ulasan kami dibawah.

Ulasan Dragon Ball FighterZ – Permainan Dragon Ball Terbaik

Leave a Reply