Informasi Permainan Video Terkini
Diablo Akan Diadaptasi Menjadi Siri Animasi Oleh Netflix

Diablo Akan Diadaptasi Menjadi Siri Animasi Oleh Netflix

Diterbitkan pada Sep 22, 2018 oleh .

Mac 2001 ialah tarikh keramat dalam sejarah permainan video peribadi saya. Ketika di kolej saya melawat bilik seorang teman yang sedang memainkan Diablo II. Apa yang paling menarik perhatian saya selain grafik yang berkualiti tinggi (untuk zaman tersebut) ialah babak animasi 3D yang digunakan untuk menyampaikan cerita. Saban tahun saya menantikan bilakah Blizzard akan menggunakan kepakaran animasi mereka untuk menghasilkan filem Diablo di layak perak.

Penantian ini akan berakhir kelak selepas Netflix akan menerbitkan siri animasi Diablo menurut laporan Variety. Andrew Cosby yang menghasilkan siri televisyen Eureka dan penulis filem Hellboy yang baharu diberikan tanggungjawab untuk mengadaptasikan siri permainan video yang amat popular ini. Tiada maklumat bilakah siri akan ditayangkan atau sama ada ia dalam bentuk animasi 3D. Sebagai peminat Diablo, ini ialah berita yang mengejutkan tetapi mengujakan buat saya secara peribadi. Good day!


TIPS & ULASAN