Skip to main content

Permainan dunia terbuka oleh Rockstar kebiasaan menggunakan mod sudut pandang orang ketiga. Namun, apabila GTA V dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC, mereka menambah mod sudut pandang orang pertama untuk permainan tersebut.

Tampaknya, Rockstar meneruskan perkara tersebut untuk permainan baharu mereka iaitu Red Dead Redemption 2. Berdasarkan laporan oleh beberapa media yang diberikan peluang untuk mencuba permainan tersebut, permainan tersebut boleh dimainkan secara sudut pandang orang pertama.

Di dalam permainan ini, pemain boleh menukar mod pandang dengan hanya menekan trackpad di alat kawalan untuk PS4. Red Dead Redemption 2 berdasarkan trailer dan perkongsian tangkapan skrin memperlihatkan dunia yang cantik, mod sudut pandang orang pertama sudah semestinya akan menjadikannya lebih menarik.

Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Bagi anda ingin melihat senarai edisi permainan yang diumumkan, anda boleh ke pautan ini.

Leave a Reply