Informasi Permainan Video Terkini
Johor eSport FIFA 19 Akan Diadakan Pada 29 September Ini

Johor eSport FIFA 19 Akan Diadakan Pada 29 September Ini

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

FIFA 19 adalah permainan perlawanan bola sepak yang dinanti-nantikan oleh peminat siri FIFA. Baik pemain di PC, Playstation 4, Xbox One atau juga Switch. Versi penuh permainan ini akan dilancarkan pada 28 September kelak.

Sempena dengan pelancaran FIFA 19 ini, ConsoleWar akan mengadakan ‘Johor eSport FIFA 19 Challenge’ sehari selepas permainan itu dilancarkan. Juara permainan ini akan memenangi wang tunai bernilai RM3,000 dan membawa pulang piala. Berikut adalah butiran pertandingan ini;

  • Permainan: FIFA 19 (Mod Kick-Off)
  • Tarikh: 29th September 2018
  • Lokasi: Galleria @ Kota Raya, Johor Bahru, Johor
  • Masa: 10am – 10pm
  • Yuran Penyertaan : RM 20/ seorang

Hadiah Kemenangan Terkumpul: RM7,000
– Juara – RM3,000 tunai + Champion Cup
– Naib Juara – RM1,000 tunai
– Tempat Ketiga – RM750 tunai
– Tempat Keempat – RM500 tunai
– Tempat Ke-5-Ke-8 – RM150 tunai
– Tempat Ke-9-Ke-16 – RM100 tunai

Bagi yang berminat untuk menyertai perlawanan ini, anda boleh daftar melalui pautan di bawah.

Daftar Masuk Johor eSport FIFA 19 Challenge Di Sini


TIPS & ULASAN