Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Berkongsi Trailer Pelancaran Untuk Life is Strange 2
PC

Square Enix Berkongsi Trailer Pelancaran Untuk Life is Strange 2

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

Life is Strange 2 merupakan permainan seterusnya untuk siri permainan Life is Strange yang dibangunkan oleh Dontnod dan diterbitkan oleh Square Enix. Untuk permainan kedua ini, ia akan memperkenalkan dua watak baharu iaitu Sean Diaz dan adiknya Daniel Diaz,

Sebelum ini, Square Enix dan Dontnod berkongsi video yang memperlihatkan bentuk permainan pada awal permainan. Minggu ini, mereka mengeluarkan trailer pelancaran yang memperlihatkan lebih mendalam mengenai Sean dan Daniel selepas melarikan diri dari rumah mereka.

Menariknya, melalui trailer tersebut, kami boleh katakan pemain yang mengawal Sean tidak akan mempunyai sebarang kuasa, sebaliknya Daniel yang mempunyai kuasa telekinesis. Ini adalah berlainan dengan permainan Life is Strange sebelum ini, di mana pemain mengawal Max yang boleh mengundurkan masa.

Life Is Strange 2 akan dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC dan episod pertama permainan tersebut tiba pada 27 September 2018 ini.


TIPS & ULASAN