Informasi Permainan Video Terkini
Telltale Games Akan Menerbitkan Stranded Deep Untuk PS4 Dan Xbox One – Bakal Tiba Oktober Ini
PC

Telltale Games Akan Menerbitkan Stranded Deep Untuk PS4 Dan Xbox One – Bakal Tiba Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

Stranded Deep merupakan permainan ketahanan hidup secara solo yang dibangunkan oleh Beam Team Games. Ia diterbitkan oleh mereka sendiri secara akses awal di Steam pada tahun 2015 lagi.

Selepas 3 tahun, permainan ini masih di peringkat akses awal dan ia mungkin akan dikeluarkan secara penuh tidak lama lagi. Hari ini, Telltale Games iaitu pembangun permainan seperti The Walking Dead mengumumkan yang mereka akan menerbitkan permainan tersebut untuk Playstation 4 dan Xbox One pada 9 Oktober 2018.

Oleh disebabkan Sony tidak membenarkan permainan akses awal di keluarkan untuk konsol mereka, kami menjangkakan permainan ini akan dikeluarkan secara penuh termasuk untuk PC pada tarikh yang sama.

Melalui permainan ini, anda secara berseorangan akan terdampar di pulau selepas terselamat dari kecelakaan kapal terbang. Anda perlu mengembara dan membina untuk memastikan anda selamat.


TIPS & ULASAN