Skip to main content

Awal tahun ini, Acer mengadakan acara kejohanan Dota 2, Asia Pacific Predator League 2018 buat pertama kalinya di Jakarta, Indonesia dan dengan jayanya pasukan Geek Fam dari Malaysia menjuarai kejohanan tersebut. Asia Pacific Predator League 2018 mendapat pelbagai sambutan oleh penonton dan peminat dan ianya menjadi salah satu pertandingan e-sukan sohor kini di sosial media awal tahun ini.

Kini, Acer mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali kejohanan tersebut, iaitu Asia Pacific Predator League untuk tahun 2019 yang mana kali ini mereka akan memfokuskan dua permainan e-sukan iaitu Dota 2 dan PUBG.

Kejohanan tersebut akan disertai oleh 16 negara berbeza dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Taiwan, Korea, Thailand, Filipina,
Indonesia, Vietnam, Jepun, Singapura, Australia, India, China, Macau, Hong Kong, Myanmar dan Sri Lanka dan kali ini, Acer menyediakan wang hadiah terkumpul melebih RM1.6 juta termasuk hadiah buat pusingan kelayakan.

Kejohanan Asia Pacific Predator League 2019 akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 15 hingga 17 Februari 2019 ini.

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, anda boleh mula mendaftar sekarang dimana pusingan kelayakan akan berlangsung seawal hujung bulan ini. Tambahan juga, pusingan akhir buat acara kelayakkan di Malaysia pula akan berlangsung pada Oktober dan November ini buat kedua-dua permainan tersebut.

Dengan hadiah terkumpul wang tunai sebanyak RM56,000 buat permainan Dota 2 dan RM10,000 buat PUBG bersama-sama dengan RM34,000 untuk hadiah yang lain, kejohanan tersebut juga akan memberi peluang kepada pemenang untuk melayakkan diri ke pusingan akhir di Bangkok, Thailand kelak.

Buat permainan Dota 2, pusingan kelayakkan akan berlangsung di kafe siber yang tersenarai di imej di atas bermula hujung bulan ini dan pusingan akhir akan berlangsung pada 2 hingga 4 November ini di One Utama.

Acer juga menyediakan pusingan kelayakkan secara atas-talian bagi mereka yang berada jauh di lokasi kafe siber tersebut. Pusingan kelayakkan secara atas-talian akan berlangsung pada 20 hingga 21 Oktober ini. Manakala berikut pula adalah senarai pusingan kelayakkan yang bakal berlangsung mengikut kafe siber:

  • M&M Cybercafe di Ipoh (29-30 September)
  • Mineski Infinity di Setiawangsa, Kuala Lumpur (29-30 September)
  • Mineski Infinity di Teluk Cempedak, Kuantan(13-14 Oktober)
  • Mineski Esport Arena di Kajang (13-14 Oktober)
  • Mineski Infinity di Skudai, JB (19-20 Oktober)
  • Eternity Esports di Ayer Itam, Penang (20-21 Oktober

Manakala buat permainan PUBG, pusingan kelayakan akan berlansung secara atas talian pada 29 hingga 30 September dan 13 hingga 14 Oktober. Pusingan akhir pula akan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober 2018 ini di Empire City Mall.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Acer Predator dibawah untuk membuat pendaftaran untuk menyertai pusingan kelayakan buat kejohanan Asia Predator League 2019 dan berpeluang untuk bertempur ke peringkat akhir di Bangkok, Thailand tahun hadapan.

[info] Daftar: Asia Pacific Predator League 2019 [/info]

Leave a Reply