Walaupun sebelum ini Sony menyatakan bahawa mereka akan terus menyokong Playstation Vita sehingga tahun 2020, namun tampaknya ianya berbeza dengan pengeluaran konsol tersebut dimana kini, Sony mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran konsol mudah-alih tersebut pada 2019 ini di Jepun.

Melalui temu bual bersama Famitsu, Hiroyuki Oda iaitu naib presiden untuk Sony Interactive Entertainment menyatakan bahawa pembuatan dan pengeluaran Playstation Vita akan dihentikan menjelang 2019 ini di Jepun. Beliau juga menyatakan buat masa ini, Sony tidak ada sebarang rancangan untuk menghasilkan konsol mudah-alih seterusnya selepas Playstation Vita tersebut.

Sekaligus dengan kenyataan ini, Playstation Vita tidak lagi akan dipasarkan secara rasmi menjelang 2019 ini. Sememangnya dari sokongan, mereka akan teruskan menyokong konsol mudah-alih tersebut dengan kemaskini permainan dan sebagainya menjelang 2020 ini.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan awal tahun ini, Sony juga telahpun menghenti pengeluaran permainan fizikal buat konsol tersebut yang mana ianya sudah pasti bahawa konsol ini akan terkubur dalam masa terdekat ini.

Bagi anda yang masih setia dengan Playstation Vita, apakah pendapat anda dengan tibanya penghujung nyawa buat konsol mudah-alih tersebut?

Sohor Kini