Skip to main content

Sony hari ini mengumumkan bahawa permainan Marvel’s Spider-Man yang baru sahaja dilancarkan awal bulan ini, mencapai hasil jualan sebanyak 3.3 juta unit sahaja dalam masa 3 hari sejak pelancarannya.

Tambahan juga, Sony juga menyatakan bahawa permainan ini mencapai rekod tertinggi untuk jualan pra-tempahan tertinggi buat Playstation 4 dengan 1 juta pra-tempahan sebelum ianya dilancarkan.

Sebelum ini, tangga permainan tertinggi dijual ketika 3 hari sejak pelancaran adalah God Of War yang mana ianya terjual sebanyak 3.1 juta salinan dan kini, rekod tersebut ditindas oleh Marvel’s Spider-Man yang mana kini ianya adalah permainan paling pantas hasil jualan buat konsol Playstation 4.

Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan tersebut mengguguli carta jualan global, sekaligus laporan sememangnya tidaklah mengejutkan.

Namun dengan kejayaan ini, sememangnya meletakkan Marvel’s Spider-Man sebagai salah satu permainan ekslusif yang mempunyai jualan terbaik oleh Sony. Sekali lagi kam ingin ucapkan tahniah buat Insomniac Games dan juga Sony Interactive Entertainment.

Sebelum ini, kami juga telah membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dan bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.

Leave a Reply