Jump Force merupakan permainan perlawanan yang berdasarkan watak-watak dari siri komik Jump. Seperti diumumkan sebelum ini permainan ini akan disertakan dengan watak-watak dari siri seperti Hunter x Hunter, Bleach, One Piece dan Dragon Ball. Berdasarkan trailer terbaru turut diperlihatkan watak-watak dari Yu Yu Hakusho iaitu Yusuke Urameshi dan Toguro.
Selain itu, Bandai Namco turut berkongsi trailer baharu untuk memperlihatkan 4 watak baharu yang direka oleh Akira Toriyama, khas untuk permainan ini.
Watak-watak tersebut adalah Glover iaitu pengarah untuk J-Force, Navigator yang merupakan sebuah android dan dua watak penjahat iaitu Galena dan Kane. Menurut Bandai Namco, watak-watak ini akan memainkan peranan penting di dalam penceritaan.
Bandai Namco juga mengacah sistem untuk mereka watak anda sendiri di dalam permainan ini. Berdasarkan yang diperlihatkan oleh mereka, anda boleh menggunakan rekaan berdasarkan watak-watak lain untuk menghasilkan watak anda sendiri.
Sesi beta tertutup untuk permainan ini turut diumumkan yang akan bermula pada 12 hingga 14 Oktober ini untuk Playstation 4 dan Xbox One. Pendaftaran bermula dari sekarang sehingga 7 Oktober menggunakan pautan ini – Pendaftaran Beta Tertutup Jump Force. Berikut adalah sesi beta terbuka di Malaysia.
Jump Force akan dilancarkan pada Februari 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.