Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Resident Evil 2 Dipertontonkan Sempena Tokyo Game Show 2018 – Memperlihatkan Ada Wong
PC

Trailer Terbaru Resident Evil 2 Dipertontonkan Sempena Tokyo Game Show 2018 – Memperlihatkan Ada Wong

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

Minggu ini, berlangsungnya acara Tokyo Game Show 2018 yang mana terdapat pelbagai pengumuman permainan video keluaran dari negara Jepun.

Antaranya adalah Resident Evil 2 oleh Capcom, dimana kali ini mereka memperlihatkan trailer terbaru buat permainan tersebut yang memaparkan sebilangan watak-watak yang pasti buat anda mengingati permainan asalnya.

Melalui trailer tersebut, Capcom tampaknya akhirnya memperlihatkan watak Ada Wong, iaitu salah satu watak yang menjadi kesukaan ramai peminat. Kali ini, dari segi rekaan watak tersebut, Ada Wong tidak lagi memakai skirt bersama warna ikonik merah beliau, malah kali ini Ada Wong kelihatan seakan seperti orang lain.

Trailer tersebut juga memperlihatkan sebilangan adegan baru, dan antaranya adalah adegan pertemuan antara Leon Kennedy bersama Claire Redfield.

Selain itu, Capcom juga menyatakan bahawa kali ini, Resident Evil 2 tidak lagi mempunyai dua penceritaan yang berbeza, dimana asalnya, permainan tersebut mempunyai penceritaan yang berbeza berdasarkan watak yang digunakan oleh pemain.

Kali ini, melalui Resident Evil 2 ini, sememangnya penceritaannya merupakan penceritaan yang hampir sama dengan permainan asli, namun kedua-dua watak yang boleh dimainkan, iaitu Claire dan Leon mempunyai kandungan penceritaan yang penting dan menyegerak sesama mereka.

Seperti permainan asal, permainan ini akan meletakkan watak Claire Redfield untuk mencari abangnya, Chris. Sepanjang penceritaan tersebut, Claire akan bertemu dengan watak Sherry Birkin, yang mana beliau merupakan salah satu watak penting di dalam permainan tersebut seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Manakala Leon pula merupakan watak yang baru sahaja tiba di Raccoon City sebagai seorang polis dan beliau akan mengembara dan juga menyelesaikan misteri kenapa berlakunya ancaman zombi di dalam permainan tersebut.

Resident Evil 2 merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asalnya Resident Evil 2 di Playstation 1 pada 1998 lepas. Ia kini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan baru, malah ia mempunyai visual yang dinaik-taraf dan dibangunkan khas oleh Capcom. Permainan ini akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Ketika acara PSX SEA 2018 yang berlangsung hujung minggu lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut. Bagi anda ingin mengetahui pendapat kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.


TIPS & ULASAN