Informasi Permainan Video Terkini
Rocket League Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Pemain

Rocket League Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Pemain

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

Rocket League merupakan permainan arena perlawanan bola sepak menggunakan kereta. Ia dikeluarkan oleh Psyonix pada tahun 2015.

Permainan ini terus menerima pelbagai penambahan kandungan sejak dikeluarkan, seperti baru-baru ini permainan tersebut menerima pek DLC  Hot Wheels Triple Threat.

Minggu ini, melalui kuciran di akaun Twitter rasmi untuk permainan ini, diumumkan yang permainan tersebut kini mencapai 50 juta jumlah pemain. Ini memperlihatkan penambahan sebanyak 10 juta pemain sejak mencapai 40 juta pemain pada awal tahun ini.

Walaupun, Rocket League dikeluarkan hampir di kesemua platform utama, jumlah tersebut tetap boleh dibanggakan. Namun, jumlah tersebut adalah yang berdaftar dan tidak semestinya yang aktif.

Rocket League telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC yang mana ianya kini boleh dibeli melalui pengedar rasmi permainan tersebut dan juga melalui kedai atas-talian untuk setiap platform permainan tersebut.


TIPS & ULASAN