Sempena acara Tokyo Game Show 2018 yang berlangsung minggu ini, Capcom berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan Devil May Cry 5.

Melaluinya, Capcom mengumumkan edisi Deluxe buat permainan tersebut yang mana mereka akan menyertakan pelbagai kandungan khas buat permainan tersebut.

Antaranya adalah senjata khas Devil Breaker berdasarkan senjata Mega Man, iaitu Mega Buster. Melaluinya, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai bentuk serangan seperti Mega Man seperti penembakan cas dan sebagainya.

Selain itu, Capcom juga akan menyertakan 3 lagi senjata Devil Breaker lain buat watak Nero dan juga senjata motosikal Calvaliere R buat Dante.

Menariknya, buat mereka yang ingin bermain permainan terbaru Devil May Cry 5 terbaru tersebut dengan muzik-muzik dari siri Devil May Cry lain, edisi Deluxe tersebut juga akan menyertakan muzik-muzik dari Devil May Cry pertama sehingga Devil May Cry 4 bersama-sama adegan-adegan nyata buat permainan tersebut.

Selain itu, Capcom juga berkongsi satu trailer baru khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk penceritaan permainan tersebut bersama-sama dengan watak-watak dari siri Devil May Cry sebelum ini seperti Lady dan Trish.

Menariknya juga, pada penghujung trailer tersebut, watak terbaru, V juga dipertontonkan yang mana tampaknya beliau mungkin akan menjadi watak penting buat penceritaan Devil May Cry 5 kali ini. Tambah juga, V juga merupakan watak ketiga yang boleh dimainkan buat permainan ini. Selain itu, berdasarkan trailer tersebut, watak Dante juga dipastikan yang mana beliau juga boleh dimainkan selain daripada watak Nero.

Sebagai seorang peminat siri Devil May Cry, sudah pastinya ini adalah trailer yang sangat menarik memandangkan bukan sahaja Capcom mempertontonkan watak-watak lama dari siri tersebut, malah bentuk permainan dan pelbagai serangan ikonik Dante bersama-sama dengan senjata Gilgamesh.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.

Sohor Kini