BenQ hari ini memperlihatkan barisan paparan skrin yang mana kali ini, paparan tersebut memfokuskan penggunaan bersama Playstation 4 Pro dimana ianya menyokong resolusi 4k dan juga mempunyai fungsi HDR.

Dua model yang diumumkan adalah EL2870U dan EW3270U yang mana telah pun dilancarkan dan boleh didapati melalui pengedar rasmi BenQ. Sememangnya kedua-dua paparan tersebut mempunyai sokongan resolusi 4k bersama fungsi HDR (High Dynamic Range), namun apa yang buat paparan skrin ini menarik adalah sebilangan fungsi tambahan seperti fungsi Brightness Intelligence Technology (BI+) dan fungsi-fungsi lain yang memfokuskan penjagaan mata.

Kedua-dua paparan skrin tersebut mempunyai teknology yang sama dimana model EW3270U bersaiz 32 inci dan mempunyai dua penyambungan HDMI dan USB-C untuk kegunaan beresolusi 4k. Paparan skrin tersebut juga mempunyai pembesar suara secara terbina dan masa tindak balas sebanyak 4ms bersama dengan kitaran skrin sebanyak 60hz.

Menurut BenQ, mereka melancarkan paparan skrin ini untuk kegunaan bersama Playstation 4 Pro yang mana ianya menyokong resolusi 4k dan fungsi HDR yang pastinya akan mendapat pengalaman permainan yang sangat cantik dan immersif.

Bagi anda yang berminat, paparan skrin ini telahpun dijual melalui pengedar rasmi BenQ dengan harga RM2,449

Manakala paparan skrin kedua yang dilancarkan oleh BenQ adlaah model EL2870U yang bersaiz 28 inci. Paparan skrin ini juga mempunyai resolusi 4k dengan fungsi HDR bersama dengan kitaran skrin sebanyak 60hz. Namun, apa yang menarik berkenaan paparan skrin adalah ianya mempunyai masa tindak balas selama 1ms, sekaligus ianya lebih responsif.

BenQ menyatakan bahawa paparan skrin tersebut dilancarkan khas buat mereka yang ingin bermain permainan yang memerlukan tindak balas masa yang pantas seperti permainan e-sukan penembak pandang pertama Call Of Duty, Overwatch ataupun Street Fighter di Playstation 4.

Paparan skrin ini juga telah pun mula dijual dengan harga RM1,689 melalui pengedar rasmi BenQ.

Ketika acara pelancaran kedua-dua paparan skrin tersebut, Brian lee, pengurus BenQ Malaysia menyatakan bahawa kedua-dua paparan skrin tersebut bukan sahaja mempunyai paparan visual yang cantik, malah ianya merupakan paparan skrin terbaik buat pengguna dengan fungsi penjagaan mata melalui kempen BenQ Eye-Care oleh mereka.

Kedua-dua paparan skrin tersebut mmepunyai fungsi Bright Intelligence Plus (B.I+) yang mana bukan sahaja ianya boleh menukar kecerahan skrin dengan warna yang lebih panas ataupun lebih sejuk, malah ianya mempunyai sensor yang akan mengesan keadaan cahaya di dalam bilik tersebut dan mengubah kecerahan skrin secara automatik.

Selain itu, kedua-dua paparan skrin terssebut juga mempunyai teknologi pencahayaan biru yang rendah bersama-sama dengan fungsi tanpa kelipan skrin BenQ Flicker-Free.

Sememangnya paparan skrin ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang ingin bermain di konsol Playstation 4, malah ianya juga mempunyai pelbagai fungsi yang pasti akan menjaga mata anda daripada mengalami sebarang masalah optikal.

Sohor Kini