Informasi Permainan Video Terkini
Konami Mengumumkan Penambahan Baharu Percuma Untuk Super Bomberman R – Tempat dan Watak Castlevania

Konami Mengumumkan Penambahan Baharu Percuma Untuk Super Bomberman R – Tempat dan Watak Castlevania

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

Super Bomberman R dilancarkan bersama dengan Switch pada tahun lepas sebelum turut dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 Jun lalu.

Walaupun sudah lama dikeluarkan, namun, Konami terus menambah kandungan untuk permainan ini secara percuma. Minggu ini, mereka mengumumkan yang Super Bomberman R akan menerima tempat baharu iaitu berdasarkan siri permainan Castlevania.

Selain itu mereka juga menambah beberapa watak baharu iaitu Alucard dari permainan Castlevania serta watak-watak Bomberman seperti Upa, Mimi, Nyami dan Caesar. Manakala watak Piposaru dan Toro adalah secara eksklusif untuk PS4, Arbiter, Grunt untuk Xbox One dan ATLAS untuk PC.

Konami sebelum ini mengumumkan yang permainan ini telah terjual sebanyak 1 juta jualan dengan penambahan kandungan ini sudah semestinya mereka berharap pembelian akan bertambah,


TIPS & ULASAN