Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Kini Memiliki IP Permainan Alone in the Dark dan Act of War

THQ Nordic Kini Memiliki IP Permainan Alone in the Dark dan Act of War

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

THQ Nordic pada awal bulan ini membuatkan ramai pemain teruja apabila mengumumkan mereka kini memiliki IP untuk Kingdoms of Amalur, walaupun mereka masih tidak mempunyai sebarang perancangan untuk permainan tersebut.

Minggu ini, THQ Nordic mengumumkan yang mereka kini memiliki IP untuk permainan Alone in the Dark dan Act of War. Alone in the Dark merupakan permainan pengembaraan seram yang asalnya dibangunkan oleh Infogrames dan diterbitkan pada tahun 1992 untuk PC.

Alone in the Dark mempunyai sejarah yang unik apabila menjadi permainan 3D Seram pertama pernah dikeluarkan berdasarkan Guinness World Records. Permainan ini terus dikeluarkan untuk pelbagai platform dan antaranya adalah oleh pembangun-pembangun yang berbeza.

Manakala, Act of War merupakan permainan strategi masa nyata yang dibangunkan oleh Eugen Systems dan diterbitkan oleh Atari, Inc. untuk PC. Walaupun tidak membawa pembaharuan, namun permainan ini dikatakan antara yang baik untuk genre tersebut.

Buat masa ini, THQ Nordic tidak berkongsi perancangan mereka untuk kedua-dua IP ini, namun, kami semestinya tidak sabar terutama jika mereka mengeluarkan permainan baharu berdasarkan IP tersebut.


TIPS & ULASAN