Sebelum ini kami melaporkan yang selepas pengenalan Royale Pass, pendapatan PUBG Mobile meningkat sehingga 400%. Setakat pertengahan Ogos lepas, permua tersebut telah menjana pendapatan sebanyak $50 juta(~RM206 juta).
Minggu ini, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Sensor Tower, PUBG Mobile telah menjana pendapatan sebanyak $75 juta (~RM310 juta) iaitu peningkatan sebanyak $25 juta(~RM103 juta) dalam masa sebulan.
Pendapatan ini secara besarnya dijanalah oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat dengan 21% pendapatan diikuti Jepun dan Korea Selatan masing-masing dengan 18% dan 10%.
PUBG Mobile sudah semestinya menjadi sumber kewangan yang baik untuk PUBG Corp serta Tencent, dengan ura-ura mengatakan PUBG akan dikeluarkan untuk PS4 kelak, boleh dikatakan PUBG akan terus gah sebagai antara permainan pertempuran royale yang popular.