Skip to main content

Red Dead Redemption 2 sudah semestinya permainan yang dinantikan oleh pemain tahun ini. Permainan tersebut menjanjikan pengalaman permainan solo yang mendalam dengan pelbagai bentuk permainan yang dikongsi kan sebelum ini.

Walaupun tidak dinyatakan secara lebih terperinci, namun, ramai yang sudah mengetahui yang permainan tersebut turut akan mendapat versi dalam talian iaitu Red Dead Online. Ia adalah seperti GTA Online untuk GTA V.

Minggu ini, Rockstar mengumumkan yang Red Dead Online akan tiba kepada semua pemilik Red Dead Redemption 2 bermula November ini melalui versi beta. Mereka menjangkakan pada awal pengeluaran, ia sudah semestinya mempunyai pelbagai masalah dan berharap melalui versi beta ini dapat menyelesaikannya sebelum dikeluarkan secara penuh.

Dengan pengumuman ini, Rockstar kini mempunyai dua permainan dalam talian iaitu GTA Online dan Red Dead Online. Agak menarik untuk melihat bagaimana mereka akan memastikan kedua-kedua permainan tersebut terus menerima kandungan penambahan.

Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Bagi anda ingin melihat senarai edisi permainan yang diumumkan, anda boleh ke pautan ini.

Leave a Reply