Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Untuk PlayStation 4 Tertiris Di Korean Game Rating Board

PUBG Untuk PlayStation 4 Tertiris Di Korean Game Rating Board

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

PUBG walaupun perlu bersaing dengan Fortnite, masih merupakan antara permainan pertempuran royale yang popular dan juga kegemaran ramai. Perkara utama yang PUBG masih kurang apabila dibandingkan dengan Fortnite adalah platform yang permainan tersebut dikeluarkan.

Fortnite kini terdapat di hampir semua platform manakala PUBG hanya terdapat di Xbox One, PC dan permua. Minggu ini, berdasarkan penyenaraian di Korean Game Rating Board, PUBG telah tersenarai untuk PS4.

Walaupun masih tiada kenyataan rasmi dari PUBG Corp, akan tetapi berdasarkan permainan-permainan sebelum ini yang tersenarai di tempat yang sama, kami boleh katakan pengumuman rasmi bakal menyusur tidak lama lagi.

PUBG tidak menyokong fungsi rentas-platfrom, oleh disebabkan itu jangan berharap untuk membawa akaun PUBG dari PC ke PS4. Anda kemungkinan besar perlu bermula dari awal. Adakah anda ternanti-nanti untuk bermain PUBG di PS4?


TIPS & ULASAN