Informasi Permainan Video Terkini
Gwent Homecoming Serta Thronebreakers Akan Tiba Pada Oktober Ini
PC

Gwent Homecoming Serta Thronebreakers Akan Tiba Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

Gwent merupakan permainan kad berdasarkan dunia siri permainan The Witcher. Walaupun sudah dikeluarkan di dalam bentuk beta, CDPR mengumumkan Gwent akan dibina semula melalui projek yang digelar sebagai Homecoming.

Mereka juga menjanjikan akan mengambil masa 6 bulan untuk menyelesaikan projek tersebut dan akhirnya mereka mengumumkan yang Gwent Homecoming akan tiba pada 23 Oktober 2018 untuk PC dan 4 Disember 2018 untuk Playstation 4 dan Xbox One.

Homecoming akan membawa pembaharuan untuk Gwent terutama dari segi grafik dan visual. Hero yang sebelum ini hadir dalam bentuk kad, kini menjadi satu watak yang boleh diubah oleh pemain, contohnya kostum. Hero tersebut juga akan mempunyai pelbagai animasi berdasarkan apa yang sedang berlaku semasa perlawanan.

Selain itu, kawasan permainan juga menerima rekaan baharu. Jika sebelum ini terdapat tiga lorong kini hanya dua, serta persekitaran kini direka dengan lebih mendalam yang sebelum ini sekadar papan kayu.

Thronebreaker yang sebelum ini merupakan penambahan untuk Gwent telah diumumkan akan ditukar menjadi permainan tersendiri juga mempunyai tarikh pengeluaran yang sama seperti Homecoming iaitu pada 23 Oktober 2018 untuk PC dan 4 Disember 2018 untuk Playstation 4 dan Xbox One.

Mereka mengatakan permainan ini merupakan RPG yang menyertakan penceritaan hampir 30 jam serta mempunyai cabang penceritaan mengikut pilihan pemain. Pertempuran di dalam permainan ini adalah melalui pertempuran kad Gwent.


TIPS & ULASAN