Skip to main content

NBA Playgrounds 2 merupakan permainan yang dibangunkan oleh Saber, selepas mengumumkan ia tertunda dari tarikh asal iaitu 22 Mei, mereka juga mengumumkan yang permainan ini akan diterbitkan oleh 2K dengan nama NBA 2K Playgrounds 2.

Namun, selain pengumuman tersebut, mereka tidak menyatakan tarikh baharu permainan ini akan dikeluarkan. Minggu ini, 2K akhirnya mengumumkan yang permainan arked bola keranjang tersebut akan tiba pada 16 Oktober 2018 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Menurut Saber untuk siri kedua permainan ini akan disertakan dengan mod multi-pemain di atas dan luar talian selain itu untuk penggemar permainan secara solo, mod musim juga akan disertakan yang menurut mereka pemain akan melalui musim biasa, playoff dan juga NBA Championship.

Permainan ini akan mempunyai lebih 200 watak daripada pemain NBA sekarang dan juga yang sudah bersara antaranya adalah Stephen Curry, Kevin Durant, James Harden, Kyrie Irving, LeBron James, Russell Westbrook, Giannis Antetokounmpo, Anthony Davis, DeMar DeRozan, Damian Lillard, Karl-Anthony Towns, Shaquille O’Neal, Magic Johnson, Dr. J., Allen Iverson dan Larry Bird.

Leave a Reply