Bandai Namco hari ini berkongsi satu trailer baru khas buat permainan One Piece: World Seeker sempena acara Tokyo Game Show 2018 yang berlangsung minggu ini.

Melalui One Piece: World Seeker, Bandai Namco akan menyertakan penceritaan asli yang diselia oleh pencipta One Piece, iaitu Eiichiro Oda dimana kali ini, Luffy bersama-sama kru lanun berada di satu pulau bernama Jewel Island. Melaluinya, terdapat dua kumpulan masyarakat yang terdiri daripada Pro Navy dan Anti Navy dimana kedua-dua pihak tersebut mempunyai penilaian yang berbeza buat pulau tersebut.

Penceritaan permainan ini juga memfokuskan watak baru, Jeanne yang mana beliau adalah ketua kepada Anti Navy dan pemain perlu bekerjasama bersama beliau untuk bertempur dengan musuh-musuh yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan dunia terbuka yang mana pemain boleh mengembara tanpa batasan dan bentuk permainan yang mana pemain bukan sahaja akan bertempur musuh dengan kemahiran-kemahiran getah Monkey D. Luffy, malah pemain akan menggunakan kemahiran tersebut untuk bergerak dan mengembara di dalam dunia tersebut.

One Piece: World Seeker dirancangkan untuk dilancarkan secara global pada 2019 ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini