SCUM merupakan permainan ketahanan hidup yang dibangunkan oleh Gamepire serta Croteam dan diterbitkan oleh Devolver Digital. Ia pertama kali diumumkan semasa persidangan E3 Devolver Digital dan hadir sebagai akses awal di Steam pada Ogos lepas.
Minggu ini melalui kuciran di Twitter, SCUM diumumkan telah terjual sebanyak 1 juta unit. Bersempena pencapaian ini mereka menyediakan pelbagai barangan di dalam permainan.
SCUM has crossed 1 million units sold – to celebrate the new patch includes a limited-time gold handgun for all prisoners and permanent watch for Supporter Pack owners!
Details: https://t.co/Yfv9ZDdZgv pic.twitter.com/r2OgkCVGnn
— SCUM (@ScumGame) September 18, 2018
Permainan ini boleh didapati di Steam melalui peringkat akses awal dengan harga RM39, dijual juga adalah Supporter Pack dengan harga RM23.50 yang memberikan pelbagai kandungan di dalam permainan.