Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Akan Menyertakan Kad Terup Khas Dengan Setiap Pembelian Soul Calibur VI
PC

Bandai Namco Akan Menyertakan Kad Terup Khas Dengan Setiap Pembelian Soul Calibur VI

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan kad terup rekaan khas Soul Calibur VI sempena pelancaran permainan tersebut pada Oktober ini secara terhad.

Melaluinya, pemain yang membuat pembelian hari pertama akan mendapat kad terup tersebut secara percuma melalui pembelian permainan edisi fizikal permainan tersebut di pengedar rasmi Bandai Namco.

Sebelum ini, Bandai Namco juga mengumumkan edisi terhad permainan tersebut yang mana ianya juga bakal tiba Oktober ini.

Soul Calibur VI Bakal Tiba 19 Oktober Ini Buat Pasaran Malaysia – Edisi Terhad Diumumkan

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan Raphael juga bakal tiba buat permainan tersebut.

Raphael merupakan watak yang menggunakan pedang Rapier yang asal diperkenalkan ketika Soul Calibur II. Kini melalui Soul Calibur VI, Bandai Namco bakal membawa kembali watak dari Sepanyol tersebut dengan pelbagai serangan ikonik beliau bersama-sama pedang Rapier-nya.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.


TIPS & ULASAN