Semestinya pengakhiran Avengers: Infinity War April lepas menjadi satu tanda tanya buat seluruh peminat siri filem Marvel Cinematic Universe, terutamanya adegan selepas kredit filem tersebut.

Terkini, Marvel Studios akhirnya mempertontonkan video acah buat filem seterusnya buat siri filem adiwira Marvel, iaitu Captain Marvel.

Video acah tersebut memperlihatkan sebilangan watak-watak daripada siri filem Marvel Cinematic Universe yang lebih muda dimana kali ini, Captain Marvel bertempatkan sebagai filem prekuel daripada keseluruhan filem Marvel.

Kali ini, mereka akan memfokuskan watak Carol Danvers, iaitu adiwira Captain Marvel bersama-sama dengan watak Nick Fury dan Agent Phil Coulson yang mana juga di jangka masa ketika mereka masih muda

Filem ini dibintangi oleh Brie Larson sebagai Carol Danvers dan Captain Marvel, manakala Samuel L. Jackson juga kembali sebagai Nick Fury bersama-sama sebilangan pelakon baru seperti Jude Law dan Gemma Chan sebagai Marv-Vell dan Minn-Erva.

Captain Marvel akan ditayang di pawagam seluruh dunia bermula pada 8 Mac 2019 kelak.

Sohor Kini