Informasi Permainan Video Terkini
Pek DLC Hot Wheels Triple Threat Bakal Tiba Di Rocket League Minggu Hadapan

Pek DLC Hot Wheels Triple Threat Bakal Tiba Di Rocket League Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 18, 2018 oleh .

Psyonix hari ini mengumumkan bahawa mereka sekali lagi akan bekerjasama bersama hot Wheels untuk membawa pek DLC yang baru buat permainan Rocket League, iaitu pek DLC Hot Wheels Triple Threat dimana ianya bakal tiba di kesemua platform permainan tersebut pada 24 September ini.

Pek DLC tersebut akan berharga $5.99(~RM25) yang mana ianya akan menyertakan 3 kenderaan baru iaitu Gazella GT, MR11 dan Fast 4WD. Menariknya juga, DLC tersebut juga akan menyertakan empat pelekat khas buat kenderaan tersebut bersama-sama 3 barangan hias atasan kereta, Toppers.

Pada masa yang sama, sempena ulang tahun Hot Wheels ke-50, Psyonix juga akan menyertakan arena Rivals permainan baru bertemakan Hot Wheels dan barangan ulang tahun khas secara percuma.

Bagi anda yang bermain permainan Rocket League, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan DLC ini khas melalui permainan tersebut menjelang minggu hadapan.

Rocket League telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC yang mana ianya kini boleh dibeli melalui pengedar rasmi permainan tersebut dan juga melalui kedai atas-talian untuk setiap platform permainan tersebut


TIPS & ULASAN