Resonance of Fate merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh tri-Ace dan diterbitkan oleh SEGA pada tahun 2010 untuk Playstation 3 dan Xbox 360.
Minggu lepas, ura-ura mengatakan yang versi 4K/HD untuk permainan ini akan dikeluarkan, minggu ini, tri-Ace mengumumkan secara rasmi yang ia akan dikeluarkan pada 18 Oktober 2018 untuk Playstation 4 dan PC.
Permainan ini agak popular di kalangan peminat permainan JRPG terutama sistem pertempurannya yang unik. Ia memerlukan pembelajaran yang lebih untuk menjadi mahir dan mungkin agak sukar berbanding permainan JRPG yang lain. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencuba permainan ini dengan kualiti yang lebih baik.