Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Kongsi Trailer Lanjut Buat Kingdom Hearts 3 Sempena Tokyo Game Show 2018

Square-Enix Kongsi Trailer Lanjut Buat Kingdom Hearts 3 Sempena Tokyo Game Show 2018

Diterbitkan pada Sep 18, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman dunia Big Hero 6 di dalam permainan Kingdom Hearts 3 ketika acara Playstation Line Up Tour minggu lepas, Square-Enix hari ini berkongsi satu trailer lanjut buat permainan tersebut yang mana mereka memaparkan pelbagai adegan dan bentuk permainan baru sempena acara Tokyo Game Show 2018 yang berlangsung minggu ini.

Melalui video tersebut, Square-Enix memperlihatkan bentuk permainan di dalam dunia Big Hero 6 dengan lebih lanjut dengan fungsi pertempuran bersama watak BayMax. Tambahan juga, melalui bandaraya San Fransokyo di dalam dunia tersebut juga bakal mempunyai pelbagai mini permainan untuk Sora lakukan.

Menariknya juga, melalui trailer tersebut, Square-Enix juga memperlihatkan pelbagai adegan baru termasuklah watak-watak rakan Roxas iaitu Hayner, Pence dan Olette yang mana kali ini tampaknya mereka akan memainkan peranan yang penting di dalam penceritaan Kingdom Hearts 3 kali ini.

Square-Enix juga memperlihatkan dunia Pirates Of The Carribean dengan lebih terperinci dan berdasarkan apa yang dipertontonkan, permainan ini kelihatan mempunyai pelbagai kandungan dan adegan penceritaan yang pasti buat peminat siri Kingdom Hearts tidak sabar untuk memainkannya.

Selain itu, Square-Enix juga memperlihatkan karya seni buat kotak permainan tersebut yang mana ianya dihasilkan oleh pengarah permainan tersebut, iaitu Tetsuya Nomura.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.


TIPS & ULASAN