Skip to main content

Sebelum ini, NIS America mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Killer 7 ke PC dimana ianya akan mempunyai sebilangan pernambah-baikkan dari segi kawalan dan visual grafik.

Terkini, NIS America akhirnya berkongsi trailer baru buat permainan tersebut yang mana ianya memaparkan sebahagian watak-watak yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Melalui trailer ini, NIS America memperlihatkan watak pembunuh upahan The Cleaner, The Hellian dan juga Four-Eyes. Selain itu, mereka juga mempertontonkan sebilangan kemahiran dan senjata-senjata yang berbeza buat setiap watak personaliti tersebut.

Killer7 merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Grasshopper Manufacture, iaitu pembangun yang sama untuk permainan Let It Die dan siri No More Heroes. Ia asalnya dilancarkan di Playstation 2 dan Gamecube pada 2005 lepas.

Permainan ini meletakkan pemain di dalam dunia pembunuh upahan, Harman Smith iaitu Killer7 dimana beliau mempunyai 7 personaliti dimana setiapnya mempunyai rupa dan senjata yang berbeza.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun menurut NIS America, permainan ini akan dilancarkan di Steam pada tahun ini.

Leave a Reply