Sebelum ini, Bandai Namco memperlihatkan bekas besi buat permainan Tales Of Vesperia: Definitive Edition yang bakal mereka lancarkan Januari kelak bakal dilancarkan bersama.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi Premium khas buat permainan pernambah-baikkan tersebut di pasaran Malaysia pada hari pelancaran permainan tersebut.

Melalui edisi Premium tersebut, Bandai Namco akan menyertakan sebilangan kandungan khas buat pemain. Antaranya adalah:

  • Permainan Tales Of Vesperia: Definitive Edition
  • Empat cakera muzik latar
  • Buku karya seni
  • Set kad pengumpul khas
  • Set lencana pin khas
  • Set pelekat Chibi Chara
  • Bekas besi khas

Menurut Bandai Namco, edisi premium ini hanya akan dilancarkan di versi Playstation 4 sahaja dan bagi anda yang berminat, ianya akan mula dijual pada 11 Januari 2019 ini di pengedar rasmi Bandai Namco di Malaysia.

Tales Of Vesperia asalnya dilancarkan pada 2008 lepas di Xbox 360 dan versi Playstation 3 dilancarkan pada 2009 namun buat pasaran Jepun sahaja. Kini setelah hampir 10 tahun, permainan tersebut bakal kembali dengan pelbagai pernambahan yang disertakan sebelum ini secara global.

Tales Of Vesperia: Definitive Edition akan dilancarkan pada 11 Januari 2019 kelak. Menurut Bandai Namco, ianya akan tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.

Sohor Kini