Sebelum ini, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan The Last Remnant yang dilancarkan di Xbox 360 pada 2008 lepas sebagai permainan pernambah-baikkan di Playstation 4.

Kini, memandangkan permainan tersebut mempunyai peningkatan visual dengan enjin permainan yang baru, Square-Enix mempertontonkan perubahan visual grafik buat The Last Remnant Remastered berbanding versi asalnya 10 tahun lepas.

Melalui video yang dipertontonkan, sememangnya visual permainan tersebut meningkat dengan mendadak dengan tekstur model yang lebih terperinci dan rekaan permandangan yang jelas.

The Last Remnant Remastered merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh Square-Enix di PC dan Xbox 360 2008 lepas. Ianya akan dilancarkan secara rasmi di konsol Playstation 4 pada 6 Disember ini. Buat masa ini, ianya hanya akan tiba di konsol tersebut dan Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang pelancaran di konsol lain.

Sohor Kini