New Gundam Breaker pada awalnya diumumkan untuk PlayStation 4 dan PC, namun, versi PC tertunda dari tarikh pengeluaran asal iaitu 22 Jun 2018. Versi PS4 telah menerima pelbagai kritikan dari segi bentuk permainan serta prestasi.
Minggu ini, Bandai Namco mengumumkan yang permainan tersebut untuk PC akan dikeluarkan pada 24 September 2018.
Kebanyakan permasalahan sudah diatasi melalui kemaskini tampalan yang dikeluarkan untuk permainan ini. Walaupun versi PC diumumkan untuk menerima kesemua kemaskini tersebut akan tetapi kami menjangkakan ia masih akan mempunyai masalah prestasi.
Tambahan, permainan ini walaupun tanpa masalah prestasi bukanlah satu permainan yang baik. Jika anda bercadang untuk membeli permainan ini, berikut adalah ulasan penuh kami.
Ulasan New Gundam Breaker – Permainan Gundam Yang Tidak Siap