Informasi Permainan Video Terkini
South Park: The Stick of Truth Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada 25 September 2018

South Park: The Stick of Truth Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada 25 September 2018

Diterbitkan pada Sep 18, 2018 oleh .

South Park: The Stick of Truth merupakan permainan pertama untuk siri RPG South Park yang dikeluarkan oleh Ubisoft. Switch sudah menerima permainan kedua untuk siri ini iaitu South Part: The Fractured but Whole tetapi tidak untuk permainan pertama ini.

Minggu ini, Ubisoft akhirnya mengesahkan yang permainan tersebut akan tiba untuk Switch pada 25 September 2018. Setakat ini, ia tidak disenaraikan di dalam eShop tetapi dijangkakan ia akan berharga $29.99(~RM124).

Permainan ini mendapat ulasan yang baik terutama mempunyai bentuk permainan RPG yang menarik serta dialog yang melucukan bersesuaian untuk dunia South Park.


TIPS & ULASAN