Nintendo Gold Points merupakan mata yang diperoleh oleh pemain yang membeli permainan Nintendo secara digital ataupun fizikal.

Bagi permainan digital melalui eShop anda akan mendapat 5% daripada harga jualan dan terbuka kepada permainan Switch, 3DS dan juga Wii U.

Manakala untuk pembelian permainan fizikal anda hanya akan mendapat 1% daripada harga permainan tersebut di eShop tetapi ini hanya terbuka untuk permainan Switch sahaja.

Pada Mac lepas, Nintendo mengumumkan yang Gold Points boleh digunakan untuk membeli permainan di eShop dengan kadar tukaran 100 Gold Points bersamaan $1(~RM4.15). Minggu ini, mereka mengumumkan yang Gold Points turut boleh digunkaan untuk membayar langganan Nintendo Switch Online.

Kami menjangkakan kadar tukaran adalah sama iaitu jika untuk langganan setahun Nintendo Switch Online iaitu $19.99 anda memerlukan 1990 Gold Point, ataupun untuk sebulan 399 Gold Points.

Nintendo Switch Online menyediakan pelbagai kelebihan seperti membolehkan pemain bermain di dalam talian, akses kepada permainan NES serta salinan fail simpanan ke awan.

Sohor Kini