Nintendo baru-baru ini berkongsi sebilangan informasi lanjut dan juga tarikh pelancaran buat servis langganan mereka, iaitu Nintendo Switch Online yang mana ianya akan dilancarkan pada 18 September ini.

Melaluinya, terdapat pelbagai bentuk langganan yang pemain boleh melanggan sama ada selama sebulan dengan harga $3.99(~RM16) untuk sebulan, ataupun melalui  pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144)

Terkini, Nintendo mengumumkan bahawa buat mereka yang melanggan Nintendo Switch Online secara 12 bulan sama ada dalam pakej keluarga ataupun individu, mereka akan menyertakan kandungan khas buat permainan Splatoon 2.

Kandungan tersebut merupakan kostum jersi khas bersama kasut SquidKid V buat watak inkling pemain di dalam permainan Splatoon 2. Berdasarkan laporan Nintendo life, kod untuk muat-turun kandungan tersebut akan diemel oleh Nintendo antara bulan ini sehingga Oktober ini setelah pelanggan melanggan servis langganan tersebut.

Selain itu, buat mereka yang melanggan secara pakej keluarga, Nintendo juga akan menyertakan kod buat kesemua ahli keluarga tersebut.

Bagi anda yang berminat, servis langganan Nintendo Switch Online akan mula dilancarkan esok dan anda boleh melanggannya bermula dengan harga $19.99(~RM82) untuk langganan selama 12 bulan.

Sohor Kini