Democracy 4 Diumumkan Bakal Hadir Pada Tahun 2019

Democracy merupakan siri permainan simulasi kerajaan. Ia dibangunkan oleh Positech Games. Melalui permainan ini, pemain akan menjadi presiden ataupun ketua negara dan mesti menentukan polisi yang akan digunakan untuk mentadbir negara.

Setiap pilihan yang dibuat akan memberikan keputusan yang berbeza. Ia merupakan permainan yang ringkas tetapi kami sangat menyukainya kerana secara serba sedikit dapat mengetahui perihal terbaru di dalam dunia politik.

Democracy 3 merupakan permainan terbaru yang dikeluarkan untuk siri ini dan ia dikeluarkan pada tahun 2013, manakala permainan selingan Democracy 3: Africa dikeluarkan pada tahun 2016.

Minggu ini, melalui penulisan di laman meraka, Positech Games mengumumkan Democracy 4 kini sedang dibangunkan. Menurut mereka, permainan ini akan menggunakan perihal baharu di dalam dunia politik untuk memastikan ia bersesuaian dengan keadaan sekarang.

Mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada tahun 2019 akan tetapi mereka berharap untuk mengeluarkan secara akses awal sebelum permainan penuh. Mereka menyasarkan permainan ini akan dikeluarkan untuk PC, Mac dan Linux.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanyanya. Bagaimana dengan anda? Anda pernah bermain permainan dari siri ini?

Sohor Kini