Pada acara Direct lepas, Nintendo mengumumkan alat kawalan NES rasmi untuk Switch. Selain dapat digunakan secara nirwayar, ia juga boleh dicas melalui konsol Switch.

Alat kawalan ini sudah semestinya direka khas untuk bermain permainan NES yang bakal hadir sebagai permainan percuma untuk pelanggan Nintendo Switch Online. Namun, kami tidak menjangkakan yang alat kawalan ini hanya boleh digunakan untuk bermain permainan NES sahaja.

Menurut kenyataan di laman Nintendo, selain mengatakan yang ia hanya boleh digunakan sebagai alat kawalan nirwayar, dan hanya dapat dicas menggunakan konsol Switch ia juga tidak boleh digunakan untuk bermain permainan Switch yang lain.

Dengan harga jualan $59.99(~RM249), kami tidak merasakan alat kawalan ini adalah berbaloi untuk dibeli. Sekurang-kurangnya sekarang kami memahami dengan keputusan Nintendo untuk menjual alat kawalan ini kepada pelanggan Nintendo Switch Online sahaja.

Sohor Kini