Marvel’s Spider-Man Mengungguli Carta Jualan Global

Marvel’s Spider-man oleh Insomniac Games dikeluarkan pada 7 September 2018 secara eksklusif untuk Playstation 4. Permainan ini telah mendapat ulasan yang baik termasuk oleh kami sendiri.

Oleh disebabkan itu, kami tidak terkejut apabila ia dilaporkan mengungguli carta jualan global. Berdasarkan carta GSD yang meliputi Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Australia, Marvel’s Spider-man mendahului Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age dari segi jualan.

Sebelum ini, telah dilaporkan yang permainan ini berada di tempat teratas untuk carta jualan bagi UK dan Jepun. Bahkan, permainan ini juga dilaporkan telah terjual sebanyak 96% daripada keseluruhan yang diedarkan di Jepun. Ini merupakan satu lagi kejayaan untuk Sony yang sudah mempunyai tahun yang baik.

Persoalan sekarang, adakah ia mampu menyaingi atau melebihi hasil jualan God of War yang terjual sebanyak 5 juta unit selepas sebulan dikeluarkan. Tahniah kami ucapkan untuk Insomniac Games dan juga Sony Interactive Entertainment.

Ulasan Marvel’s Spider-Man – Permainan Dunia Terbuka Adiwira Yang Baik

Sohor Kini