Tarikh 16 September sangat istimewa untuk rakyat Malaysia. Bersempena dengan tarikh bersejarah ini, Aksiz Hari Malaysia FIFA 18 Challenge telah dianjurkan.
Kejohanan e-sukan FIFA 18 ini dianjurkan oleh Prodigy Aksiz FIFA Gaming di Black Box, SACC Mall, Shah Alam, bermula 15 September dan berakhir hari ini. Kejohanan ini memperlihatkan 128 pemain berlawan untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM5 ribu.
Shige dari pasukan FrostFire dinobatkan sebagai juara selepas mengalahkan Aril dari pasukan Prodigy Aksiz. Beliau mengalahkan Aril dengan keputusan 2-1 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2500. Manakala, Aril membawa pulang RM1100 sebagai naib juara.
Shige ke pusingan akhir selepas menjuarai peringkat kumpulan serta mengelahkan Amaniesta, Masterkey, Infamous9 dan Ahmad Sharin di peringkat kalah mati.
Manakala Aril turut menjuarai peringkat kumpulan dan mengalahkan Falcon, Reko, EmperorTengku serta Marshmallow di peringkat kalah mati. Ahmad Sharin dan Marshmallow yang kalah di peringkat separuh akhir masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500. Tahniah kami ucapkan kepada semua.