Skip to main content

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan oleh Nintendo untuk pemilik Switch yang bakal tiba pada 18 September 2018. Antara fungsi yang disertakan adalah kebolehan untuk menyimpan salinan fail simpanan permainan anda di awan.

Berdasarkan ruang FAQ untuk Nintendo UK serta kenyataan lanjut oleh Nintendo US, mereka tidak dapat menjaminkan yang fail simpanan tersebut akan disimpan selepas langganan Nintendo Switch Online anda berakhir.

Namun, fail simpanan yang tersimpan di dalam peranti akan terus boleh digunakan. Anda mungkin akan mengalami masalah jika, anda bukan pelanggan ataupun langganan anda sudah berakhir dan peranti anda rosak. Fail simpanan anda mungkin akan hilang buat selamanya.

Oleh disebabkan itu, jika anda tidak ingin untuk kehilangan fail simpanan permainan anda, pastikan langganan untuk servis ini sentiasa aktif. Terutama kerana Switch tidak membenarkan cara lain untuk menyimpan salinan fail simpanan anda.

Ini agak berbeza dengan fungsi sama yang disediakan oleh Sony dan Microsoft. Sony akan menyimpan fail simpanan selama 6 bulan selepas langganan PS Plus anda berakhir. Manakala, Microsoft menyediakan fungsi tersebut secara percuma.

Leave a Reply