Informasi Permainan Video Terkini
Batman: The Enemy Within Akan Tiba Untuk Switch Pada Oktober Ini

Batman: The Enemy Within Akan Tiba Untuk Switch Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 15, 2018 oleh .

Batman: The Enemy Within merupakan musim kedua untuk permainan berdasarkan watak Batman oleh Telltale Games. Episod terakhir untuk permainan ini sudah dikeluarkan pada 27 Mac lepas untuk Playstation 4, Xbox One, permua dan PC.

Hari ini, Telltale Games melalui kuciran di akaun Twitter mereka, mengumumkan yang permainan tersebut akan tiba untuk Switch pada 2 Oktober ini secara penuh.

Musim pertama untuk permainan ini iaitu Batman: The Telltale Series sudah dikeluarkan untuk Switch pada November tahun lepas. Akhirnya kini, pemain di Switch boleh meneruskan penceritaan watak Batman mereka.

Musim pertama dijual dengan harga $39.99(~RM165), oleh disebabkan itu kami menjangkakan musim kedua akan dijual dengan harga yang sama.


TIPS & ULASAN