Informasi Permainan Video Terkini
Assassin’s Creed Odyssey Kini Telah Siap Dibangunkan
PC

Assassin’s Creed Odyssey Kini Telah Siap Dibangunkan

Diterbitkan pada Sep 15, 2018 oleh .

Assassin’s Creed Odyssey merupakan permainan seterusnya untuk siri Assassin’s Creed oleh Ubisoft. Selepas beberapa kali tertiris ia diumumkan sepenuhnya secara rasmi semasa acara E3 2018 Jun lepas.

Hari ini, melalui kuciran di akaun Twitter rasmi permainan ini, mereka mengumumkan yang permainan tersebut telah siap dibangunkan.

Odyssey akan membawa pemain ke zaman Yunani dan menyertakan pelbagai bentuk permainan baharu seperti memilih jantina watak serta dialog perbualan. Menariknya, melalui Twitter mereka juga mengatakan tidak sabar untuk melihat arah penceritaan yang mana akan dijadikan pilihan.

Assassin’s Creed Odyssey akan dikeluarkan pada 5 Oktober 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN