Baru-baru ini Nintendo berkongsi acara Nintendo Direct yang mana mereka mempertontonkan sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan-permainan yang bakal tiba di Nintendo Switch.
Antaranya adalah permainan Daemon X Machina yang mana mereka memperlihatkan sebilangan bentuk permainan baru bersama-sama informasi lanjut berkenaannya.
https://www.youtube.com/watch?v=0gcoUYrfq00
Daemon X Machina merupakan permainan pertempuran robot mecha yang diumumkan pada E3 2018 lepas. Permainan ini memfokuskan robot mecha yang boleh dipandu pemain dimana ianya dinamakan Arsenal.
Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk mengubah-suai Arsenal pemain tersebut dimana kelengkapan dan senjatanya boleh dikutip ketika pertempuran permainan tersebut. Pemain juga berupaya untuk memilih jenis senjata sama ada mereka akan menggunakan senjata jarak dekat ataupun senjata jarak jauh.
Permainan ini juga membenarkan pemain untuk bertempur bersama Arsenal sama ada di atas udara ataupun di darat dengan pelbagai jenis senjata dan juga kelengkapan.
Selain, pemain juga diberi peluang untuk keluar dari robot Arsenal pemain dan mengembara di kawasan darat secara bebas. Nintendo juga menyatakan bahawa permainan ini akan mempunyai pelbagai kandungan pengubah-suaian watak-watak permainan dan juga robot Arsenal.
Permainan juga bakal mempunyai bentuk multi-pemain secara atas-talian dimana pemain bersama tiga lagi pemain lain boleh bekerjasama untuk bertempur dengan ketua musuh yang besar dan sebagainya
Permainan dihasilkan oleh Kenichiro Tsukuda yang mana beliau sangat terkenal dengan pembangunan siri permainan Armored Core. Manakal rekaan watak pual dihasilkan oleh Yusuke Kozaki juga terlibat dengan siri permainan Fire Emblem.
Bagi anda yang berminat dengan permainan bentuk pertempuran robot mecha, anda pasti akan berminat dengan permainan dimana menurut Nintendo, ianya bakal tiba di Nintendo Switch pada tahun hadapan.