Informasi Permainan Video Terkini
Warframe Versi Switch Bakal Tiba 20 November Ini

Warframe Versi Switch Bakal Tiba 20 November Ini

Diterbitkan pada Sep 15, 2018 oleh .

Sebelum ini Digital Extreme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Warframe di konsol Switch dimana ianya merupakan kerjasama antara Panic Button! untuk pembangunannya.

Kini, Digital Extreme akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu pada 20 November ini.

Warframe asalnya merupakan permainan percuma yang dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC sebelum ini dimana ianya memfokuskan bentuk permainan dunia terbuka dan penembak pandang ketika secara multi-pemain atas-talian.

Dengan pelbagai kemaskini yang diumumkan bersama-sama dengan kandungan permainan yang sering dilakukan oleh mereka, permainan tersebut kini tampaknya bakal dilancarkan di konsol Switch dimana pemain berupaya untuk mengembara di dalam permainan tersebut secara mudah-alih.

Dari segi kandungan permainan, pihak Digital Extreme masih belum mengumumkannya, namun kami percaya ianya juga akan dilancarkan secara percuma di konsol Switch menjelang November ini.


TIPS & ULASAN