Informasi Permainan Video Terkini
Bethesda Softworks Mengesahkan Bahawa Wolfenstein 3 Akan Dibangunkan

Bethesda Softworks Mengesahkan Bahawa Wolfenstein 3 Akan Dibangunkan

Diterbitkan pada Sep 15, 2018 oleh .

Melalui temu bual Metro bersama presiden pemasaran Bethesda Softworks, Pete Hines, beliau menyatakan bahawa mereka sememangnya berminat untuk membangunkan permainan seterusnya buat siri utama Wolfenstein, iaitu Wolfenstein 3 pada masa akan datang.

Pete Hines menyatakan bahawa mereka sememangnya akan membangunkan Wolfenstein 3 selepas permainan Wolfenstein: Youngbloods. Menurut beliau, mereka juga berminat untuk melihat bagaimana penceritaan BJ Blazkowics akan berakhir.

Sebelum ini, Bethesda Softworks mengumumkan permainan Wolfenstein: Youngblood yang mana ianya akan memfokuskan anak BJ Blazkowics iaitu watak utama untuk dua siri utama Wolfenstein sebelum ini.

Wolfenstein merupakan siri permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan era peperangan Nazi. Ianya juga mempunyai sebilangan bentuk penceritaannya yang diubah daripada sejarah asal yang mana memfokuskan peperangan dunia yang dimenangi oleh pihak Nazi tersebut.

Kami juga sebelum ini membuat ulasan penuh buat Wolfenstein II: The New Colossus di pautan dibawah.

Ulasan Wolfenstein II: The New Colossus – Permainan Penembak Penuh Aksi Dan Ganas


TIPS & ULASAN