Informasi Permainan Video Terkini
Kazuma Kiryu Dari Yakuza Bakal Tiba Di Fist Of The North Star: Lost Paradise

Kazuma Kiryu Dari Yakuza Bakal Tiba Di Fist Of The North Star: Lost Paradise

Diterbitkan pada Sep 15, 2018 oleh .

SEGA minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa pernambahan percuma buat permainan akan datang, Fist Of The North Star: Lost Paradise, iaitu watak Kazuma Kiryu daripada permainan Yakuza apabila permainan tersebut dilancarkan.

Melalui pernambahan ini, watak Kazuma Kiryu akan tiba sebagai kostum tambahan buat Kenshiro dimana pemain berupaya untuk mendapatkannya secara percuma bermula 2 hingga 16 Oktober ini apabila permainan tersebut dilancarkan kelak.

Fist Of The North Star: Lost Paradise dibangunkan oleh studio yang sama yang membangunkan siri permainan Yakuza dan ianya merupakan permainan dalam bentuk pengembaraan RPG. Bagi anda yang berminat dengan siri manga Fist Of The North dan pengembaraan Kenshiro, anda pasti akan menyukai permainan ini.

Fist Of The North Star: Lost Paradise bakal tiba secara esklusif di konsol Playstation 4 pada 2 Oktober ini secara digital dan juga fizikal.


TIPS & ULASAN